Nuffnang ads
Sambutan Hari Ibu
Hari semua anak-anak mak aku merangkap aku sendiri akan menuju ka rumah kakak aku untuk menyambut HARI IBU walaupun HARI IBU jatuh pd 8hrb saje nak sambut awal2 sikit.So semalam sudah pergi cari2 hadiah,aku pun pergi la area Sogo tuh,al-maklumlah duet gaji aku bulan ni aku kurang sikit sebab aku banyak cuti..huhu salah aku juga,jadi disini jela tempat yang termampu.Melangkah je masuk Sogo tuh,hadoi orang ramai giler,mcm satu KL sume ade kat situ,nak pilih barang pnyelah susah.Manusia kalau dapat shopping memang tak ingat dunia..hehehe aku pun same :).Aku agak kepeningan jugalah nak pergi cari barang sebab sume tak bagi aku peluang nak tengok..waawaaa...Tapi akhirnya dengan semangat usaha yang tinggi dpt juga aku beli sesuatu utk mak aku.Aku harap mak aku suka la,tp mak aku ni jenis tak kisah anak-anak nak bagi ape janji ikhlas :).Semenjak aku kerja ni jarang-jarang sangat la mak aku merasa duet aku aku yang asyik meminjam duet dia adalah...ape punye anak la ku ni huhuhu.Sambutan HARI IBU kali ni pun kitorang nak buat suprises sampai ayah aku punt xtahu lagi, dorang ingat nak makan2 family biasa je.Herm rindu pulak kat mak aku,da lama juga tak jumpe,last jumpe pun 3 bulan or 4 bulan lepas,al-maklumlah xde cuti kerja.Paling aku kesian dengan mak aku sebab dia selalu sakit,kaki dia dah xboleh nak berjalan sangat dah,kalaulah aku dapat jaga mak aku nih....tapi walaupun macam tu still juga nak cari duet sendiri macam buat kuih2 jual,dia kate boring kalo xde kerja..herm macam 2 pulak....Aku sayang mak aku,aku memang tiada sebarang rungutan tentang dia,orang yang paling memahami aku sedari dulu lagi.Banyak sudah pengorbanan yang dilakukan untuk aku,ayah aku pun sama lah tpi dari segi kewangan..hihi ....Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di dunia dan juga bakal mak mertuaku :)
BRACES !!!
Dalam masa terdekat ni memang ingat nak pakai braces...herm tapi tu la pasal masing-masing takde masa,ingat nak pergi ahad ni,rasenye bukak kot tapi tibe2 kakak2 suruh balik kampung nak sambut hari ibu pulak,so tak dapat lak nak pergi klinik yang telah disyorkan oleh seorang rakan aku ni.Bile aku cuti,si dia pulak bekerja bila aku bekerja dia pulak cuti habis macam mane.Aku ingat nak pakai braces secepat mungkin,haritu masa ada masing2 cuti,mase tu tak tahu nak pergi klinik mane?.Yela ak tengok gigi aku ni da macam teruk sangat da,xpela aku sanggup walaupun sakit dan walaupun kena pakai braces mase tunang nanti.hihi.Impian nak pakai braces ni da lama da dari mase study lagi,tapi al-maklumlah mase study manelah nak cekau duet,mengharapkan duet mak ayah je mase tu,so bila da bekerja ni dan da pegang duet sendiri rase macam berkemampuan la nak buat,at least duit sendirikan.Ingat nak cuci gigi sekali,kasi putih sikit huhu.Hope impian aku nak pakai braces ni akan tercapai la dalam masa terdekat ni.Amin.
Kerinduan Rasulullah Pada Umat Akhir Zaman
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ‘ikhwan’ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Begitulah nilaian Allah. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.
Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati kita dengan baginda Rasulullah.
Selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

Antara 2 Darjat
Da macam citer P.RAMLEE plak bile terlihat tajuk diatas .hihi.Tibe2 aku tertarik dengan tajuk ini al maklumlah bersempena juga dengan perkhawinan Putera William dan juga orang kebanyakan Kate Middleton.Cinta adalah suatu kuasa yang tak dapat ditangani,cinta itu buata dan tidak mengenal siapa pun.Betapa hebatnya kuasa cinta sehinggakan perbezaan darjat waima keturunan,protokol atau harta pun bukan penghalang untuk mendirikan istana bahagia.
Cinta antara dua darjat yang tertunas antara Raja Abdullah II dengan Rania Al Abdullah merupakan antara cinta teragung untuk diteladani.Rania sendiri barangkali tidak menyangka kehadirannya disebuah majlis keraian pada tahun 1993 telah mengubah hidupnya.Hanya membalas senyuman seorang lelaki yang asyik memerhatikan gelagatnya yang canggung di celah-celah para aristokrat lain,telah menjadikannya seorang permaisuri di sebuah negara bernama Jordan.Raja Abdullah telah menyunting Rania menjadi suri hidupnya hanya selepas 10 bulan mengenali hati budi masing-masing.
"Hidup ini penuh keajaiban dan bunga-bunga cinta telah menjadikan hidup saya semakin bermakna",kata Rania yang kini berusia 41 tahun.Permaisuri yang dikategori antara yang paling intelektual di dunia itu sangat disayangi rakyat jelatanya.Baginda juga melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang permaisuri dengan melahirkan 4 pewaris :)).
Cerita Rania berlainan dengan kisah cinta seorang wartawan penyiaran yang terkenal di Sepanyol.Letiza Ortiz Rocasolano 39,menjangkakan hidupnya akan merana apabila bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang guru.Sangkaanya itu ternyata meleset.Kemunculan Letiza yang membaca berita ekonomi bagi spanish TV,telah menambat hati Putera Felipe yang merupakan pewaris takhta Austurians.Apabila cinta sudah bertaut,Felipe sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghubungi pemilik stesen berkenanaan untuk mengatur pertemuan dengan wartawan itu.Letiza tergamam ketika bertentang mata dengan seorang putera kesayangan sepanyol dlm satu majlis makan malam khas g diatur untuknya.Walaupun tampil bersahaja,pesona janda tersebut telah mencairkan hati putera berkenaan.Status wartawan penyiaran mewujudkan kebimbangan kepada institusi beraja disana tetapi,bukan di hati Putera Felipe.Ternyata,pengumuman pertunangan pasangan itu pada tahun 2003 mengejutkan dunia.Letiza dilaporkan diselubungi dengan pelbagai kontroversi.Namun Putera Felipe tidak memperdulikan segala tohmahhan.Tanggal 22 Mei 2004,Letiza mengucapkan selamat tinggal kepada kariernya.Kini mereka dikurnikan 2 cahayamata.
Bagi rkyat Monaco adalah menjadi satu kehampaan apabila putera mereka,Putera Albert memilih rakyat biasa menjadi bakal permaisuri.Barangkali takdir sudah tertulis,Putera Albert tidak berupaya mencurahkan kasih dan sayangnya pada gadis yang sedarah dengannya.Ketika Charlene Wittstock yang merupakan perenang kelahiran Bulawayo,Zimbabwe dlm keadaan tidak terrurus dalam satu majlis sosial telah menawan hati Putera Albert.
"Saya memang buta tentang fesyen,saya masih ingat lagi,saya telah meminjam gaun berwarna hijau daripada seorang rakan.Kemudian saya warnakan kuku dengan warna merah,saya seperti pokok krismas ketika bertemu dengan seorang putera idaman ramai."tutur Charlene ketika ditemu bual oleh wartawan.Sungguh tidak disangka,kenyataan yang terpacul dpd mulut jaguh suakan renang itu td tidak semena-mena mmbuatkn rakyat monaco jatuh cinta pada krendahan hatinya.
Pada 29 April ini,anak sulung kesayangan Puteri Diana,dan Putera William telah mengulangi sejarah yang sama yang pernah dicipta ibu dan bapanya.William memilih melangsungkan perkhawinan bukan dengan wanita berdarah kerabat.Beliau akan bersatu hati dengan anak seorang usahawan,Kate Middleton.
xoxo

Super Junior
Alahai macam mane la aku boleh jatuh cinta pula dengan kumpulan korea yang bernama Super Junior ni,rasenya selepas aku dengar lagu yang bertajuk 'No OTHER'trus ak tak henti2 dengar lagu tu,samada dikereta,di pejabat atau dirumah sampai dia punya step2 tarian pun aku da boleh hafal da.Hihi.Sebenarnya aku memang dari dulu lagi minat dengan salah seorang anggota kumpulan super junior ni iaitu Si Won,hensem giler tapi i still setia dekat Rain k :)),mamat ni berlaku drama korea kat 8tv tajuknya Ohh My Lady!.Citer d best la,sejak dari situ aku terus tertarik dengan mamat hensem nih.Lepas tu ak dengar pula lagu2 dia dengan super junior yang tersangat la best.
xoxo
xoxo
Next step for our relationship..
Setelah berbincang dan meneliti perkara ini dengan sedalam-dalamnya.Kami membuat keputusan untuk mengadakan majlis pertunangan pada bulan awal 10 ini,setakat ini kedua-dua belah pihak telah pun setuju dan harap tiada apa-apa halangan pada masa akan datang.Insyaallah.Sekarang ini aku tengah buat kira-kira untuk barang2 hantaran semua.Banyak juga benda yang perlu difikirkan,nasib baik ak mempunyai masa yang menckupi,kawan2 pun banyak membantu.Perasaan aku saat ini,teramatlah gembira sekali.Walaupun hubungan aku dengan mamanya belum pulih sepenuhnya buat masa sekarang tapi ak akan sedaya upaya untuk memperbaikinya untuk kebahagian aku dan dia dimasa akan datang.Akhirnya cinta kami berjalan dengan lancar dan ak harap selama-lamanya.Sekarang masing-masing sudah tak boleh nak shopping2 macam dahulu lagi,hihi....kena berjimat cermat al maklumlah banyak benda perlu diuruskan pada majlis perkhawinan nanti.Wah sudah semakin dewasa aku sekarang. :)
RELATIONSHIP
Sudah hampir menjangkau 5 tahun hubungan aku dengan si dia,kami sememangnya saling melengkapi antara satu sama yang lain.Aku tidak boleh hidup tanpanya,dialah rakan,musuh,kekasih dan pendengar setiaku.Banyak dugaan dan cabaran yang telah kami hadapi bersama,ada susah ada juga senang dan itu telah mengeratkan lagi hubrungan ini.Masing-masing lebih bersikap matang sekarang,walaupun kadangkala kurang persefahaman.Masing-masing mahu hubungan ini pergi ke peringkat yang seterusnya.Tapi macam biasalah masing2 belum mempunyai kewangan yang mencukupi dan aku sendiri selalu berfikir adakah aku sudah bersedia dengan semua itu,berkali-kali aku bertanya pada diri sendiri dan akhirnya aku menemui jawapannya.Ya!Aku sudah cukup bersedia semua ini,memanglah sampai akhir hayat pun kita tidak dapat mengenal seseorang itu,tapi usia 5 tahun itu aku rasa sudap cukup untuk mengatakan ak bahagia bersamanya.Ak ingin menghabiskan masa tuaku dengannya.Hanya dia.Semoga hubungan ini akan dirahmati Allah s.w.t.Amin.
kehidupan
Semakin hari semakin aku mengerti erti sebenar hidup ini,berjumpa dengan pelbagai ragam manusia yang jarang aku temui,dan paling benda yang aku takuti iaitu permusuhan sesama insan.Sedari dahulu lagi aku amat menjaga hati orang2 disekeliling aku,aku cuba menjadi sebaik mungkin walaupun kadang2 aku yang terluka tp aku hanya mendiamkan diri kerana aku amat bencikan pergaduhan.Tapi akhir-akhir ini,tahap kesabaranku sudah sampai ke kemuncaknya,bile aku mula mengeluarkan suara,semua orang mahu menghentam aku,aku benci situasi ini,aku benci bila ade mengetahui ada seseorang dilua sana yang membenci diriku.Selama ini aku cuba menjadi terbaik kepada semua orang,tapi sebaliknya yang berlaku.Bilakah semua ini akan berakhir,adakah sememangnya aku ini sememangnya tidak baik,adakah memang aku yang bersalah....aku telah cuba menjadi yang terbaik pada semua orang2 disekelilingku............
Subscribe to:
Posts (Atom)