Nuffnang ads

Antara 2 Darjat

Da macam citer P.RAMLEE plak bile terlihat tajuk diatas .hihi.Tibe2 aku tertarik dengan tajuk ini al maklumlah bersempena juga dengan perkhawinan Putera William dan juga orang kebanyakan Kate Middleton.Cinta adalah suatu kuasa yang tak dapat ditangani,cinta itu buata dan tidak mengenal siapa pun.Betapa hebatnya kuasa cinta sehinggakan perbezaan darjat waima keturunan,protokol atau harta pun bukan penghalang untuk mendirikan istana bahagia.

Cinta antara dua darjat yang tertunas antara Raja Abdullah II dengan Rania Al Abdullah merupakan antara cinta teragung untuk diteladani.Rania sendiri barangkali tidak menyangka kehadirannya disebuah majlis keraian pada tahun 1993 telah mengubah hidupnya.Hanya membalas senyuman seorang lelaki yang asyik memerhatikan gelagatnya yang canggung di celah-celah para aristokrat lain,telah menjadikannya seorang permaisuri di sebuah negara bernama Jordan.Raja Abdullah telah menyunting Rania menjadi suri hidupnya hanya selepas 10 bulan mengenali hati budi masing-masing.
"Hidup ini penuh keajaiban dan bunga-bunga cinta telah menjadikan hidup saya semakin bermakna",kata Rania yang kini berusia 41 tahun.Permaisuri yang dikategori antara yang paling intelektual di dunia itu sangat disayangi rakyat jelatanya.Baginda juga melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang permaisuri dengan melahirkan 4 pewaris :)).

Cerita Rania berlainan dengan kisah cinta seorang wartawan penyiaran yang terkenal di Sepanyol.Letiza Ortiz Rocasolano 39,menjangkakan hidupnya akan merana apabila bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang guru.Sangkaanya itu ternyata meleset.Kemunculan Letiza yang membaca berita ekonomi bagi spanish TV,telah menambat hati Putera Felipe yang merupakan pewaris takhta Austurians.Apabila cinta sudah bertaut,Felipe sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghubungi pemilik stesen berkenanaan untuk mengatur pertemuan dengan wartawan itu.Letiza tergamam ketika bertentang mata dengan seorang putera kesayangan sepanyol dlm satu majlis makan malam khas g diatur untuknya.Walaupun tampil bersahaja,pesona janda tersebut telah mencairkan hati putera berkenaan.Status wartawan penyiaran mewujudkan kebimbangan kepada institusi beraja disana tetapi,bukan di hati Putera Felipe.Ternyata,pengumuman pertunangan pasangan itu pada tahun 2003 mengejutkan dunia.Letiza dilaporkan diselubungi dengan pelbagai kontroversi.Namun Putera Felipe tidak memperdulikan segala tohmahhan.Tanggal 22 Mei 2004,Letiza mengucapkan selamat tinggal kepada kariernya.Kini mereka dikurnikan 2 cahayamata.

Bagi rkyat Monaco adalah menjadi satu kehampaan apabila putera mereka,Putera Albert memilih rakyat biasa menjadi bakal permaisuri.Barangkali takdir sudah tertulis,Putera Albert tidak berupaya mencurahkan kasih dan sayangnya pada gadis yang sedarah dengannya.Ketika Charlene Wittstock yang merupakan perenang kelahiran Bulawayo,Zimbabwe dlm keadaan tidak terrurus dalam satu majlis sosial telah menawan hati Putera Albert.

"Saya memang buta tentang fesyen,saya masih ingat lagi,saya telah meminjam gaun berwarna hijau daripada seorang rakan.Kemudian saya warnakan kuku dengan warna merah,saya seperti pokok krismas ketika bertemu dengan seorang putera idaman ramai."tutur Charlene ketika ditemu bual oleh wartawan.Sungguh tidak disangka,kenyataan yang terpacul dpd mulut jaguh suakan renang itu td tidak semena-mena mmbuatkn rakyat monaco jatuh cinta pada krendahan hatinya.

Pada 29 April ini,anak sulung kesayangan Puteri Diana,dan Putera William telah mengulangi sejarah yang sama yang pernah dicipta ibu dan bapanya.William memilih melangsungkan perkhawinan bukan dengan wanita berdarah kerabat.Beliau akan bersatu hati dengan anak seorang usahawan,Kate Middleton.

xoxo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...