Nuffnang ads

Foto Big Bang Waktu Muda !!!


Foto masa lampau kumpulan Big Bang baru-baru telah didedahkan didalam rancangan Good Morning 'SBS' yang juga mendedahkan butir-butir tersembunyi tentang kumpulan ikon kegilaan ramai ini.


Pasti ramai yang terkejut melihat wajah TOP yang chubby pada waktu sekolah menengah dan  foto tamat pengajian sekolah berbeza sekali dengan penampilanya yang kurus dan tegap seperti sekarang.


Bagi G-dragon pula sedari kecil lagi mempunyai tubuh badan yang kurus maintain begitu sehingga sekarang.GD mula membuat penampilan sulungnya didalam program MBC untuk kanak-kanak yang dipanggil 'Bbo Bbo Bbo',dia kemudiannya dikenali sebagai Little Roola kerana kemahiran menari yang menakjubkan dan menunjukan bakat rapping pada usia yang sangat muda.Pada waktu sekolah,gurunya telah memuji GD dengan memberitahu bahawa GD sentiasa melakukan yang terbaik setiap apa yang diberikan padanya.

Teayang juga dilaporkan satu sekolah menengah dengan GD,pada masa itu Teayang seperti gambar diatas mempunyai rambut yang panjang berbeza dengan penampilanya sekarang.

Apa yang menarik perhatian adalah Daesung,wajahnya seolah-olah tiada perubahan langsung walaupin sehingga sekarang.Guru disekolah menengah Daesung memberitahu sedari dahulu lagi dia tahu Daesung memang berbakat dalam muzik dan memberitahunya dia boleh menjadi penyanyi jika dia berusaha lebih kearah itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...