Berita tergempar terbaru bagi peminat K-POP adalah tentang gosip yang mengatakan Sohee (Wonder Girl) dan Seulong (2AM) sedang bercinta,hangat diperkatakan sekarang.
Kedua-dua penyanyi popular ini bernaung di satu label syarikat yang sama iaitu JYP,kedua-duanya mempunyai peluang untuk menjadi rapat antara satu sama lain.Bagi Sohee yang mempunyai personaliti yang pemalu,Seulong adalah salah seorang diantara teman rapatnya.Ada sumber memberitahu Dispatch (Korean News Outlet)
"Sohee seorang yang sangat berhati-hati",kata sumber yg mengenali rapat kedua-dua artis ini. "Walaupun Sohee sudah lama menjadi artis tetapi bilangan rakan artisnya hanya boleh dikira dengan jari shj.Dia bukan seseorang yang boleh mendedahkan perasaanya kepada sesiapa."
Daripada gambar-gambar yg diambil oleh Dispatch ini.kedua-dua artis ini dilihat sama-sama memberi vibe romantik.Hubungan mereka dikatakan bertambah erat selepas kepulangan Sohee dari aktivitis seninya di US.Kata Dispatch :
Seulong adalah soulmate bagi sohee ,menurut sumber itu. "Walaupun dia adalah sebahagian drpd kumpulan gadis popular didunia,dia masih lagi remaja,"kata sumber itu.
"Dia telah pergi ke serata negara dan Seulong adalah satu-satunya rakan dan abang kepada Sohee dimana dia bebas bercakap mengenai masalah-masalahnya.
Mereka berjumpa secara rahsia,malah rakan-rakan karib keduanya juga tidak tahu tentang pertemuan rahsia mereka ini.Menurut Dispatch perjumpaan mereka selalu diadakan lewat malam dan mengambil tempat didalam kereta mereka.
Pada satu perjumpaan yg bertarikh 8 Januari apabila Sohee pulang dari Taiwan,Dispatch menangkap gambar pasangan ini sedang bertukar-tukar hadiah.
Mereka berjumpa semasa Chistmas dimana mereka bertukar hadiah dan dating di Gangnam menggunakan kereta Seulong.
Salah seorang wakil dari JYP mengambil langkah berhati-hati dengan mengakui bahawa Seulong adalah salah satu rakan karib Sohee,dan enggan membincangkan selanjutnya tentang hal ini.
"Pihak syarikat tidak mengetahui kehidupan peribadi artis-artis mereka terutamanya yang melibatkan percintaaan.kami tidak masuk campur hal ini.Ianya susah untuk mengesahkan samada mereka lebih dari seorang rakan atau tidak."
No comments:
Post a Comment